Album Foto
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ), KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) BILANGAN 1 TAHUN 2025
Mesyuarat 12 Mac 2025 Bilik Mesyuarat Permata, Menara PETRA
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Bilangan 1 Tahun 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Permata, Menara PETRA pada 12 Mac 2025 dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha (KSU) PETRA.
Dalam ucapannya YBhg. Dato' KSU menekankan tentang peranan setiap pihak di Kementerian termasuk pihak MBJ untuk memperbanyakkan lagi penganjuran pelbagai aktiviti melibatkan warga PETRA untuk menyemarakkan pembudayaan keseronokan bekerja di PETRA bagi mewujudkan warga dan organisasi yang positif serta berprestasi tinggi.
Mesyuarat membincangkan perkara-perkara berbangkit dan status tindakan bagi usul-usul pihak perkerja dalam pelbagai aspek termasuk kemudahan, pentadbiran dan sumber manusia. Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta ahli-ahli Pihak Pekerja yang mewakili pelbagai gred jawatan dan skim perkhidmatan.







