






Terkini Daripada Kementerian
Berita & Kenyataan Media
Sesi Pertemuan YAB TPM Merangkap Menteri PETRA bersama Timbalan Ketua Pengarah Nuklear IAEA, Putrajaya
7 October 2024YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA telah meluangkan masa untuk bertemu YBrs Encik Mikhail Chudakov, Timbalan Ketua Pengarah Nuklear, ????????????? ?????? ?????? ?????? (IAEA) di Zenith Hotel, Putrajaya, hari ini, 7 Oktober 2024.
Hadir sama YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA; YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin TKSU (Tenaga) PETRA serta YBhg. Dato’ Ir Ts Abdul Razib Dawood, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga (ST).
Lawatan Kerja YAB TPM Merangkap Menteri PETRA ke Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir Sibu (Fasa 3) serta Kawasan Banjir, Sibu, Sarawak
6 October 2024YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA telah mengadakan lawatan ke Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu (Fasa 3) di Sarawak.
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan dibawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga (3) fasa secara keseluruhannya.
Dalam lawatan ini, beliau turut melawat Kampung Usahajaya yang dilanda banjir, sebanyak RM 25 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran di kampung tersebut yang dijangka disiapkan pada April 2025.
Kerajaan Persekutuan menerusi PETRA terus komited terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi Sarawak.
Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bil. 2/2024, Menara PETRA
3 October 2024YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bil 2/2024 bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA pada 3 Oktober 2024 (Khamis).
Turut hadir, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA; YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA; YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin TKSU (Tenaga) PETRA; serta YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA.
Kehadiran KSN di Program MADANI Rakyat Sarawakku Sayang 2024
29 September 2024Kemeriahan hari ketiga Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang telah diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.
Pada lawatannya, beliau turut meluangkan masa berkunjung ke Pavilion PETRA selain Pavilion Sarawak dan PACU sebelum ke Pentas Utama bagi menyampaikan hadiah buat acara cabutan bertuah.
Mengiringi beliau, YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa, SUBK (Pengurusan) PETRA.
Selamat Pagi Malaysia Bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri PETRA
29 September 2024Sekitar sesi temubual RTM bersama YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri PETRA dalam slot Selamat Pagi Malaysia yang telah berlangsung pagi tadi di Pekarangan Boulevard Miri, Pavilion PETRA bagi membicarakan topik berkaitan Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang.







